Sunday, August 16, 2009

GOTONG-ROYONG MERAPATKAN HUBUNGAN KEJIRANAN

Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Taman (JKKT) Taman Indah memulakan program pertama selepas pengerusinya, Hashim Sulaiman dilantik secara sah oleh Majlis Daerah Tampin (MDT) dengan mengadakan gotong royong perdana pada 9hb Ogos 2009.

Gotong royong yang disertai kira-kira 100 orang meliputi penduduk setempat, kakitangan Majlis Daerah Tampin (MDT) dan agensi Badan Bukan Kerajaan (NGO) itu bermula seawal jam 9 pagi bagi membersih dan menceriakan kawasan semak serta hutan berdekatan Bangunan Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Taman Indah.

Pengerusinya, Hashim Sulaiman semalam menyifatkan usaha menganjurkan gotong royong buat julung kali itu sebagai salah satu usaha mengerat dan merapatkan lagi hubungan di kalangan ahli jawatankuasa JKKT bersama MDT dan NGO. Katanya lagi, JKKT Taman Indah komited menggalaskan tanggungjawab dan peranan yang diberikan selepas dilantik secara sah bagi membantu dan melicinkan pentadbiran MDT berhubung hal pemantauan kerja pengurusan sisa pepejal, pembersihan awam dan kebajikan penduduk setempat Taman Indah.

Sejajar dengan matlamat penubuhan JKKT itu sendiri iaitu membantu dan melicinkan pentadbiran MDT, JKKT memulakan tanggungjawab mengadakan gotong royong perdana ini untuk membersih dan menceriakan kawasan awam sekali gus mencuba menyelesaikan masalah persekitaran demi kesejahteraan bersama penduduk setempat.
Gotong-royong perdana membersihkan kawasan semak dan hutan berdekatan bangunan WI itu adalah bertujuan untuk membangunkan tanah seluas suku ekar berkenaan dengan membina Taman Bestari untuk kegunaan orang ramai beristirehat bersama keluarga.Tanah yang pernah dicadangkan untuk didirikan sebuah masjid qariah beberapa tahun lalu itu kian sarat dipenuhi semak dan tumbuhan liar serta menjadi tempat binatang liar berkeliaran dan atas kesedaran sosial, JKKT mengambil keputusan membangunkan kawasan berkenaan dengan pembinaan sebuah laman komuniti secara sementara.

Pihak pentadbiran JKKT Taman Indah mengambil keputusan untuk membersihkan kawasan semak samun dan hutan kecil ini untuk diceriakan dengan mewujudkan Taman Bestari untuk kegunaan penduduk setempat beriadah serta mengadakan aktiviti khususnya pada hujung minggu.

Menurut en.Hashim lagi “Pembinaan Taman Bestari ini juga bertujuan mengelakkan daripada tanah suku ekar ini terus terurus sekali gus menjadi tempat habitat haiwan atau serangga liar dan berbahaya, selain membasmi lokasi pelajar untuk lepak dan ponteng sekolah,” katanya.

Selian itu, katanya, penduduk sekitar Taman Indah diharapkan dapat terus memberikan sokongan kepada JKKT baru selain menjaga kebersihan dengan menjaga keceriaan kawasan kejiranan sekali gus menjadi contoh yang baik kepada taman perumahan lain.
JKKT Taman Indah, Tampin.

dibawah disertakan beberapa keping foto yang dpat dirakamkan semasa gotong-royong berlangsung..











1 comment:

  1. Betway Online Casino – Mobile and Desktop Casino - Amienshoppie
    Welcome to the Betway Online 해외 온라인 카지노 Casino. The Betway Casino is your go-to place for all things online. Our mobile casino games feature hundreds of exciting table

    ReplyDelete