Sunday, August 16, 2009

GOTONG-ROYONG MERAPATKAN HUBUNGAN KEJIRANAN

Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Taman (JKKT) Taman Indah memulakan program pertama selepas pengerusinya, Hashim Sulaiman dilantik secara sah oleh Majlis Daerah Tampin (MDT) dengan mengadakan gotong royong perdana pada 9hb Ogos 2009.

Gotong royong yang disertai kira-kira 100 orang meliputi penduduk setempat, kakitangan Majlis Daerah Tampin (MDT) dan agensi Badan Bukan Kerajaan (NGO) itu bermula seawal jam 9 pagi bagi membersih dan menceriakan kawasan semak serta hutan berdekatan Bangunan Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Taman Indah.

Pengerusinya, Hashim Sulaiman semalam menyifatkan usaha menganjurkan gotong royong buat julung kali itu sebagai salah satu usaha mengerat dan merapatkan lagi hubungan di kalangan ahli jawatankuasa JKKT bersama MDT dan NGO. Katanya lagi, JKKT Taman Indah komited menggalaskan tanggungjawab dan peranan yang diberikan selepas dilantik secara sah bagi membantu dan melicinkan pentadbiran MDT berhubung hal pemantauan kerja pengurusan sisa pepejal, pembersihan awam dan kebajikan penduduk setempat Taman Indah.

Sejajar dengan matlamat penubuhan JKKT itu sendiri iaitu membantu dan melicinkan pentadbiran MDT, JKKT memulakan tanggungjawab mengadakan gotong royong perdana ini untuk membersih dan menceriakan kawasan awam sekali gus mencuba menyelesaikan masalah persekitaran demi kesejahteraan bersama penduduk setempat.
Gotong-royong perdana membersihkan kawasan semak dan hutan berdekatan bangunan WI itu adalah bertujuan untuk membangunkan tanah seluas suku ekar berkenaan dengan membina Taman Bestari untuk kegunaan orang ramai beristirehat bersama keluarga.Tanah yang pernah dicadangkan untuk didirikan sebuah masjid qariah beberapa tahun lalu itu kian sarat dipenuhi semak dan tumbuhan liar serta menjadi tempat binatang liar berkeliaran dan atas kesedaran sosial, JKKT mengambil keputusan membangunkan kawasan berkenaan dengan pembinaan sebuah laman komuniti secara sementara.

Pihak pentadbiran JKKT Taman Indah mengambil keputusan untuk membersihkan kawasan semak samun dan hutan kecil ini untuk diceriakan dengan mewujudkan Taman Bestari untuk kegunaan penduduk setempat beriadah serta mengadakan aktiviti khususnya pada hujung minggu.

Menurut en.Hashim lagi “Pembinaan Taman Bestari ini juga bertujuan mengelakkan daripada tanah suku ekar ini terus terurus sekali gus menjadi tempat habitat haiwan atau serangga liar dan berbahaya, selain membasmi lokasi pelajar untuk lepak dan ponteng sekolah,” katanya.

Selian itu, katanya, penduduk sekitar Taman Indah diharapkan dapat terus memberikan sokongan kepada JKKT baru selain menjaga kebersihan dengan menjaga keceriaan kawasan kejiranan sekali gus menjadi contoh yang baik kepada taman perumahan lain.
JKKT Taman Indah, Tampin.

dibawah disertakan beberapa keping foto yang dpat dirakamkan semasa gotong-royong berlangsung..











Wednesday, August 12, 2009

Negara terbilang menerusi ICT

Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Malaysia tidak dapat disangkal dengan kadar penembusan penggunaan internet, meningkat daripada 11.4 peratus pada 2003 kepada 12.7 peratus pada 2004, dengan peningkatan sebanyak 3.3 juta pelanggan. Tidak kurang juga peningkatan dalam penggunaan telefon bimbit iaitu meningkat kepada 14.5 juta pada tahun lalu, pertambahan sebanyak 12 peratus berbanding 43.9 peratus tahun sebelumnya.Dari sudut teknologi, Malaysia tidak terkebelakang dengan adanya sistem telekomunikasi generasi ketiga (3G), hotspot WiFi dan perkhidmatan talian pelanggan digital asimetrik (ADSL).

Peningkatan ini menunjukkan bahawa usaha kerajaan dalam mengembangkan budaya ICT kepada setiap rakyat sebagai teras mewujudkan masyarakat berilmu di samping memastikan jurang digital tidak menjadi satu faktor kemiskinan pada masa depan bukan sekadar cakap kosong malah suatu yang tidak mustahil dicapai.Ramalan bahawa jumlah pengguna internet adalah sebanyak 10.3 juta orang pada suku pertama tahun ini, manakala kadar celik internet pula dianggarkan hampir 40 peratus. Jumlah pelanggan jalur lebar internet di negara ini pula meningkat sekali ganda menjadi hampir 300,000 dengan bilangannya dijangka terus meningkat kepada 1.3 juta pelanggan pada tahun depan.Mengorak langkah merealisasikan usaha tersebut, kerajaan, menerusi Pelan Jalur Lebar Kebangsaan (NBP), mensasarkan kadar celik jalur lebar sebanyak 10 peratus menjelang tahun 2008. Pelan tersebut turut mempertingkatkan usaha memperluaskan kemudahan jalur lebar di kawasan bandar-bandar kecil dan daerah perkampungan menjelang tahun 2010.Langkah tersebut diperhebatkan lagi dengan usaha membestarikan semua sekolah di seluruh negara dengan menyediakan pelbagai kemudahan ke arah melahirkan sekolah bestari.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan pernah mengambil langkah dengan membina sekolah-sekolah bestari yang lengkap dengan infrastruktur yang menerapkan ciri-ciri ICT, namun kos tinggi yang terpaksa ditanggung membuatkan kerajaan melaksanakan langkah baru iaitu membestarikan sekolah yang sedia ada.Berkeluasan 15 kilometer x 50 kilometer, merangkumi Putrajaya, Cyberjaya, Taman Teknologi dan Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Koridor Raya Multimedia (MSC) yang ditubuhkan pada tahun 1996 dilihat berjaya menjadi pemangkin pertumbuhan industri ICT negara yang menyaksikan ia berkembang 8.3 peratus pada tahun lalu, lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.2 peratus bagi tempoh sama.

Pada masa ini MSC menjadi hos kepada 48 syarikat operasi perkongsian perkhidmatan dan penyumberan luar (SSO) berkelas dunia, yang mewujudkan kira-kira 11,200 peluang pekerjaan.Justeru, bertepatan dengan keadan ini, sebagai langkah menghasilkan tenaga kerja yang berpengetahuan luas bagi memenuhi standard ICT yang diperlukan, kerajaan turut mengambil inisiatif dengan menubuhkan Institut Pembangunan Bakat MSC-ICT.Semuanya dengan harapan, agar budaya ICT ini dapat membawa negara ke arena pasaran sumber manusia yang lebih kompetatif dan berkualiti disamping memiliki ciri-ciri inovatif, kreatif dan berteraskan pengetahuan tinggi dalam menghadapi permintaan global yang senantiasa berkembang. Ini secara tidak langsung membariskan sumber manusia tempatan setanding dengan kumpulan sumber manusia terbaik dunia.Usaha kerajaan ini secara tidak langsung turut dilihat sebagai satu promosi bagi negara dalam membawa peranan sebagai pintu masuk ke pasaran global di samping menonjolkan peranan serta kedudukan Koridor Raya Multimedia (MSC) sebagai hab industri berasaskan ICT.

Menerusi usaha ini, negara, syarikat-syarikat berasaskan ICT antarabangsa yang beroperasi di sini berupaya mengakses pasaran global tanpa sebarang sempadan termasuk negara-negara anggota ASEAN, China, India dan negara Asia Barat. Pada masa ini, beberapa syarikat multinasional (MNC) telah menjadikan Malaysia sebagai landasan memasuki pasaran ke negara China.Malah syarikat-syarikat terkemuka seperti Disney, Sony, Nintendo, Gameboy, Channel V dan beberapa studio di Hollywood turut menunjukkan kepercayaan mereka terhadap usaha kerajaan ini menerusi penawaran perkhidmatan mereka kepada syarikat-syarikat ICT tempatan.Keadaan ini sudah pasti akan melahirkan syarikat tempatan yang berstandard antarabangsa. Syarikat ‘glokal’ ini bukan sahaja berupaya menaikkan ekonomi dan taraf hidup sumber manusia tempatan malah ia juga mampu menonjolkan nama negara ke persada dunia menerusi nama negara; Malaysia.

Keupayaan serta usaha kerajaan dalam merealisasikan negara dengan corak budaya koridor raya ini sememangnya suatu langkah yang perlu dipuji. Kebaikan yang diperoleh daripada implimentasi budaya ICT ini tidak dapat disangkal, merangkumi setiap aspek kehidupan rakyat.Peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan ICT ini perlu seiring dengan dasar-dasar kerajaan yang lain terutamanya konsep Islam Hadhari yang mementingkan penerapan ajaran Islam yang menyeluruh bukan sahaja merangkumi aspek ritual semata-mata.Prinsip-prinsip Islam Hadhari yang sepuluh itu perlulah diseiringkan dengan budaya ICT yang diperkenalkan berlandaskan ilmu pengetahuan yang tuntas supaya kelak tidak wujud kebejatan ‘canggih’ yang secara tidak turut dibawa oleh budaya baru kelahiran era globalisasi ini.Agama, adat, adab dan aspirasi membawa negara sebagai sebuah negara siber ini perlulah beriringan dengan kesepuluh prinsip Islam Hadhari supaya kemajuan mutlak dapat dicapai.

Pengukuhan matlamat berdasarkan nilai-nilai luhur bukan sahaja mampu membuahkan hasil yang lumayan kepada negara dan rakyat, malah, secara tidak langsung turut melahirkan masyarakat yang berbudi pekerti dan berkualiti.Dalam usaha menjadikan masyarakat Malaysia celik ICT dan merapatkan jurang digital ini, masing-masing mempunyai peranan yang tersendiri. Perkara pokok adalah masing-masing perlu memahami bahawa kemudahan itu perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Rakyat perlu menggunakannya untuk membina upaya, menambah nilai dan memperkasakan diri, syarikat serta industri masing-masing, bukan menyalahgunakannya bagi tujuan negatif seperti menabur fitnah atau melayari laman lucah.

kursus latihan asas komputer

untuk makluman semua orang TAMPIN diluar sana dimaklumkan :

kursus komputer secara percuma. Anda hanya perlu menghadirkan diri dan daftar di -

PPIK TAMAN INDAH beralamat di PERPUSTAKAAN DESA TAMAN INDAH (bersebelahan surau Taman Indah)

pembelajaran asas komputer -

  • Pengenalan kepada komputer
  • pengenalan kepada internet
  • microsoft office
  • microsoft words 2007
  • microsoft excel 2007
  • microsoft powerpoint 2007
  • asas kepada internet

- e-government

- e-learning

- e-commen

masa yang diperuntukan mengikut keutamaan pengguna dimana kebanyakkan yang menghadiri kursus mempunyai masa yang singkat dan kesibukan bekerja.

"TERBUKA KEPADA SEMUA PERINGKAT MASYARAKAT!!!"

Tuesday, August 11, 2009

Lawatan Pelajar Tadika

Pada 17hb Jun 2009 iaitu pada hari Rabu yang lalu seramai 31 pelajat tadika tampin dan dibantu dengan 7 penyelia tabika telah mengadakan lawatan sambil mengadakan aktiviti membaca dan pendaftaran percuma.majlis diselenggara oleh Pustakawan bertugas dan Pegawai Perpustakaan daerah Tampin.


Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah memberi sedikit penerangan berkaitan perpustakaan dan ppik kepada pelajar dan penyelia tadika serta memberi peluang kepada kanak-kanak tabika memilih dan membaca buku yang ada di perpustakaan desa Taman Indah ini.Selain itu juga aktiviti bercerita oleh Pustakawan yang terlibat juga menarik perhatian kanak-kanak tabika ini. Sesi kuiz juga telah dijalankan dan kanak-kanak ini diberi hadiah berupa pensil warna dan air kotak sebagai membakar semangat mereka untuk menjawab soalan ilmu yang berkaitan.

dibawah disertakan beberapa slot gambar semasa sesi lawatan itu berlangsung. Moga dengan lawatan ini dapat membuka mata dan pemikiran kanak-kanak dan penyelia tadika tentang fungsi Perpustakaan Desa Taman Indah ini dan juga PPIK yang terdapat di perpustakaan ini.






Semoga dengan lawatan ini dapat memberi maklumat dan membuka minda para pelajar dan penyelia mengenai pentingnya perpustakaan sebagai tempat yang sesuai bagi anak-anak mereka menghabiskan masa dan membuat ulangkaji serta menambah ilmu pengetahuan dengan pelbagai jenis dan tajuk buku boleh didapatkan di Perpustakaan desa Taman Indah ini.

sekian,Penyelia PPIK Taman Indah





SEDIKIT TENTANG PPIK TAMAN INDAH




BANGUNAN PERPUSTAKAAN DESA DI TAMAN INDAH YANG MENEMPATKAN RUANG BAGI PPIK DAN JUGA KEMUDAHAN PEMINJAMAN BUKU SERTA KEMUDAHAN MENCARI MAKLUMAT DAN MEMBACA.
KEMUDAHSAMPAIAN YANG AMAT MUDAH SERTA RUANG MELETAK KENDERAAN YANG AGAK LUAS.MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGUNJUNG PERPUSTAKAAN DESA DAN PPIK INI.







Monday, August 10, 2009

SERBA SEDIKIT TENTANG TAMPIN, NEGERI SEMBILAN












Tampin merupakan sebuah bandar yang terletak di antara sempadan Negeri Sembilan dan negeri Melaka .

Majlis Daerah Tampin telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980, hasil daripada penyusunan semula pentadbiran melalui peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976. Sebelum itu, ia dikenali sebagai Lembaga Bandaran Tampin.

Luas kawasan ialah 50 batu persegi atau 12,949 hektar.

Bandar Tampin berjiran dengan Bandar Pulau Sebang, Melaka.Lampu isyarat di di kedua-dua bandar yang berjiran itu merupakan sempadan antara Negeri Melaka dan Negeri Sembilan.


Tampin boleh dihubungkan dengan Melaka, Seremban dan Johor Bahru melalui jalan persekutuan. Lebuh raya utama tidak melalui daerah Tampin tetapi boleh menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan dan keluar melalui Tol Simpang Ampat Alor Gajah.


Daerah Tampin mempunyai Stesen keretapi iaitu Gemas, Batang Melaka dan Air Kuning Selatan. Namun stesen Air Kuning Selatan telah ditutup. Projek landasan kereta api berkembar antara Seremban ke Gemas turut menggantikan Stesen Kereta Api Batang Melaka yang sedia ada di lokasi yang baru.

Walau bagaimanapun lokasi Stesen KTMB Batang Melaka yang baru akan dipindahkan dalam kawasan Negeri Melaka.Stesen keretapi terdekat bagi bandar Tampin ialah Stesen Keretapi Pulau Sebang, Alor Gajah Melaka yang terletak hanya 1 kilometer sahaja dari Pusat bandar Tampin.

Majlis Daerah Tampin merangkumi kawasan:

Struktur Pentadbiran Majlis Daerah Tampin terdiri daripada:

Majlis (Penggubal Dasar)
Jawatankuasa Kecil (Penasihat Kepada Majlis)
Pengurusan (Pelaksana).



Tampin merupakan salah satu bandar di Negeri Sembilan yang amat seronok dilawati dengan tarikan daari sektor pelancongan yang tidak kurang hebatnya seperti kesejukan air terjunnya,keindahan flora dan fauna di gunung tampin, aktiviti lasak dan juga boleh dikatakan sebagai syurga membeli kain dan kelengkapan untuk menyambut lebaran.